fbpx
SUHAIZAN Kayat (kiri) menunjukkan tanah lapang yang dijadikan tapak pembuangan sampah haram di Kampung Tuah Jaya berhampiran Taman Perling, Johor Bahru.

Penduduk terima RM30 setiap kali lori masuk buang sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tindakan segelintir penduduk yang menerima bayaran RM30 bagi membenarkan kegiatan pembuangan sampah haram mengakibatkan lebih 500 penduduk menderita akibat pencemaran.

Itu situasi yang dipercayai berlaku di Kampung Tuah Jaya berhampiran Taman Perling di sini sejak lima tahun lalu sehingga mengakibatkan wujud tapak pembuangan sampah haram seluas 32 hektar.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, tapak sampah haram tersebut telah menyumbang kepada pencemaran bau yang mengganggu kehidupan harian penduduk sekitar.

Menurutnya, kegiatan tersebut terbongkar apabila penduduk mula membuat siasatan sendiri termasuk menggunakan dron untuk meninjau kawasan persekitaran kediaman mereka.

“Siasatan turut mendapati segelintir penduduk memberi kebenaran kepada lori dengan bayaran RM30 untuk masuk kawasan kampung bagi membuang sampah di sini.

“Kebanyakan sampah dibuang adalah bahan binaan, dengan aktiviti pembuangan sampah biasanya dibuat pada waktu malam untuk mengelak dikesan penduduk atau pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.

Tambah Suhaizan, pihaknya telah membuat laporan berhubung perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, SWCorp serta pemilik tanah bagi mengelak kawasan itu terus diceroboh dan disalah guna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI