fbpx
SATU letupan berlaku dari lubang pembentung. - Foto X/@CitizenAppNYC

Lurang ‘terbang’ akibat letupan di jalan sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Letupan di tengah jalan raya sibuk di Bandar Raya New York menyebabkan sebuah lurang pembetung melayang ke udara, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Orang ramai menjerit melihat kejadian itu yang berlaku petang semalam.

Difahamkan, penutup lubang pembetung dan sekurang-kurangnya sebuah kereta berdekatan terbakar selepas letupan berlaku.

Pasukan bomba berada di lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai tahap gas  karbon monoksida yang tinggi di kawasan tersebut.

Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mengawal kebakaran sambil penduduk tempatan yang ketakutan menyaksikan api marak hampir menyambar lebih banyak kenderaan.

Api juga hampir menyambar sebuah kedai dan bangunan ketika pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih tidak diketahui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI