fbpx
Hantaran yang dimuat naik oleh Pengasas Bujins Batik di Facebook.

Pas mohon maaf, PMX sebenarnya pakai batik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengasas Bujins Batik menafikan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan batik Indonesia semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), semalam.

Menerusi satu hantaran Facebook rasmi butik berkenaan, pengasas butik itu memuat naik perasaan terharu dan bangga melihat pemimpin negara itu memilih hasil karyanya untuk dipakai sekali gus mengesahkan bahawa ia adalah batik yang diperbuat dari negara ini.

“Bangga melihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai baju batik hasil karya Bujins pada sesi pembentangan RMK13 di Parlimen pagi ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, baju batik yang dipakai Perdana Menteri adalah hasil buatan butik Bujins yang berpangkalan di Tunjung, Kelantan.

Meskipun batik Bujins berinspirasikan rekaan dan motif dari Indonesia, namun ia adalah 100 peratus buatan tempatan.

Malah, ini bukan kali pertama beliau dilihat memakai busana dari butik itu ke acara rasmi kerajaan, beliau pernah mengenakan batik itu ketika lawatan ke Indonesia baru-baru ini.

Isu berkenaan dipercayai timbul selepas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendakwa batik yang dipakai Perdana Menteri berasal dari Indonesia.

Bagaimanapun, beliau sudah memadam kenyataan tersebut dan memohon maaf atas kekhilafannya.

“Yang ini memang salah saya dan perlu betulkan segera,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook miliknya, malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN