fbpx
Tangkap layar menunjukkan aksi menghiburkan seorang anggota bomba ditarik keluar daripada selut dengan bantuan tiga orang rakannya.

[VIDEO] ‘Baru nak telefon bomba, rupanya ada dekat belakang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi seorang anggota bomba yang terperangkap dalam selut hingga ke paras lutut mencuri perhatian pengguna apabila dia dilihat tersekat dan gagal melepaskan diri.

Menerusi klip video berdurasi 27 saat yang dikongsikan di TikTok milik @WakJok, anggota berkenaan cuba untuk keluar sendiri daripada lumpur tersebut, namun gagal.

Bagaimanapun, tiga rakan setugasnya segera tampil membantu menariknya keluar secara serentak sambil ketawa, sebelum dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada perangkap selut tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat mereka.

“Abang bomba tolong abang bomba. Gelak itu penting,” kata Akilah.

“Hahaha… yakin saja pijak, ingat tanah keras… sekali nah, takat lutut,” komen Arezy.

“Baru nak telefon bomba… eh, rupanya ada dekat belakang,” seloroh Asya. – KOSMO! ONLINE

@wak.jok Salute ❌ Selut ✅ #CapCut #fyp #fypシ #viralvideo #abambomba #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypppppppppppppppppppppp ♬ ini macam pun boleh kerja ka dol – mohdsholihin007

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI