fbpx
MOHD. HAFFIZ

Kena ada BMW empat bintang untuk perbaharui lesen perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebanyak 7,435 kedai makanan dan restoran di daerah ini perlu memastikan tandas premis berada di tahap empat bintang bagi membolehkan pembaharuan lesen dilakukan.

Ini selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meluluskan kertas kerja pelaksanaan penetapan tahap kebersihan tandas ‘Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) sebagai salah satu syarat lesen perniagaan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, kempen ini mula berkuat kuasa pada tahun ini bagi menggalakkan pengusaha premis memastikan tandas mereka sentiasa bersih.

“Untuk permulaan, pelaksanaan syarat ini akan melibatkan semua premis makanan dan restoran sama ada kategori 24 jam atau bukan 24 jam.

“Justeru, semua pengusaha premis makanan atau restoran perlu memastikan tandas premis masing-masing berada di tahap empat bintang dan ke atas untuk memastikan pembaharuan lesen untuk tahun berikutnya layak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB di sini hari ini.

Mohd. Haffiz, MBJB melalui Jabatan Pelesenan akan menyediakan borang senarai semak kebersihan tandas BMW kendiri untuk semua pengusaha lengkapkan sebelum pegawai bertugas membuat semakan ke atas premis masing-masing.

Katanya, jika tanda premis tidak mematuhi kriteria BMW, pengusaha perlu menjalankan kerja-kerja pembersihan atau naik taraf agar tandas premis mencapai tahap BMW dan seterusnya meneruskan permohonan pembaharuan lesen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI