fbpx
Fatimah (tengah) bersama peguam, Hisyam pada sidang akhbar mengenai isu buli siber yang melibatkan anaknya, di Shah Alam hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Buli Siber: Suami isteri diberi tempoh 7 hari mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri diberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf susulan tindakan membuat tuduhan terhadap murid lelaki tahun enam yang didakwa membuli rakan sekolahnya pada Mei lalu.

Peguam Hisyam Yusof mewakili Fatimah Lailati Omar berkata, pihaknya sudah menghantar surat tuntutan kepada pasangan suami isteri berkenaan pada Ahad lalu.

“Permohonan maaf itu (perlu) dibuat secara terbuka tanpa syarat terhadap Fatimah dan keluarganya yang diterbitkan dalam saluran sebelum ini.

“Mereka juga perlu menarik balik serta-merta kenyataan yang tidak benar dan berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menuntut ganti rugi ekoran kehilangan nama baik dan reputasi serta kos berkaitan trauma dialami anak guamnya dan keluarga.

Namun, Hisyam menyatakan sehingga kini pasangan itu gagal melakukan perkara seperti yang diminta dalam LOD.

Hisyam berkata, beliau tidak mahu kes buli siber seperti yang berlaku ke atas pempengaruh TikTok, Rajeswary atau Esha yang ditemui meninggal dunia berulang semula.

Beliau turut menasihatkan pempengaruh supaya mempunyai lebih kesedaran dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan identiti kanak-kanak.

“Kalau boleh berlaku ke atas anak orang lain, anak kita pun boleh kena (mangsa buli siber),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI