fbpx
Sebanyak 12 jasad askar Kemboja dipulangkan kepada pihak berkuasa negara itu. - The Nation

Thailand pulangkan jasad 12 askar Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Jasad 12 askar Kemboja yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Thailand dikembalikan ke tanah air mereka mengikut prinsip kemanusiaan, lapor portal berita The Nation semalam.

Tentera Diraja Thailand berkata, pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) semalam, pegawai-pegawainya menjalankan misi penghantaran pulang jasad 12 askar Kemboja yang terkorban semasa operasi tempur di kawasan Phu Makhuea kepada pihak berkuasa negara itu.

“Melakukan tindakan ini adalah selaras dengan prinsip kemanusiaan sejagat dan menghormati askar yang hilang nyawa dalam pertempuran, tanpa mengira kesetiaan mereka,” katanya.

Tambah Tentera Diraja Thailand, pihaknya turut tidak melupakan keberanian askarnya sendiri yang sanggup mengorbankan nyawa untuk mempertahankan tanah air mereka.

“Pengorbanan mereka akan tercatat dalam ingatan rakyat Thai, manakala yang lain akan meneruskan misi terhormat ini untuk menjaga kedaulatan Thailand,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI