fbpx
LEAO (kanan) melepaskan rembatan untuk membuka tirai jaringan buat Milan menewaskan Liverpool malam kelmarin.

Eksperimen selepas 20 hari menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Jurulatih AC Milan, Massimiliano Allegri berpuas hati menyaksikan pasukannya membenam juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 4-2 pada aksi pramusim di Stadium Kai Tak Sports Park malam kelmarin.

Milan memastikan kemenangan menerusi dua jaringan Noah Okafor serta masing-masing satu daripada Rafael Leao dan Ruben Loftus-Cheek, manakala gol-gol The Reds dijaringkan oleh Dominik Szoboszlai serta Cody Gakpo.

Allegri juga menyifatkan ‘eksperimen’ yang dilakukan dengan meletakkan Leao sebagai penyerang tunggal membuahkan hasil apabila pemain sayap lincah Portugal itu berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Liverpool.

“Leao menjalankan tugas yang sangat baik sebagai penyerang tunggal pada perlawanan hari ini (kelmarin), begitu juga dengan pemain-pemain lain apabila berjaya mempamerkan aksi cukup cemerlang.

“Apa yang paling penting adalah saya gembira untuk melihat progres cukup positif selepas 20 hari melakukan latihan. Semua pemain menunjukkan kesungguhan ketika melancarkan serangan mahupun bertahan,” katanya.

Biarpun Milan masih aktif dalam pasaran perpindahan pemain bagi mendapatkan penyerang baharu, termasuk bintang buangan Juventus, Dusan Vlahovic tetapi Allegri bersedia untuk menyandarkan harapan kepada Leao.

“Bagi saya, Leao adalah seorang pemain yang sangat hebat dan memiliki kualiti cukup unik. Saya fikir, dia berada pada usia tepat untuk menunjukkan kematangan dan saya yakin Leao akan mengharungi musim yang hebat,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI