fbpx
MOHAMED Salah (kiri) gagal mencetak nama selaku penjaring gol ketika tewas 2-4 kepada Milan di Hong Kong malam kelmarin. - AFP

Hilang tujuh pemain utama punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Pengurus Liverpool, Arne Slot menegaskan belum tiba masanya untuk menekan butang panik selepas tewas 2-4 kepada AC Milan pada aksi persahabatan pramusim di Stadium Kai Tak Park malam kelmarin.

Pengendali dari Belanda itu merasakan masih banyak perkara positif boleh diambil daripada kunjungan ke Hong Kong kali ini, namun terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki segera.

“Saya dapat lihat ada beberapa perkara bagus, namun kami juga perlu tingkatkan lagi dalam beberapa aspek. Kami sering menerima serangan balas, kemungkinan disebabkan kami hilang tujuh pemain senior dan mahu berikan peluang kepada 20 pemain lain.

“Hasilnya, ramai pemain tidak bermain di posisi sebenar mereka, namun kami masih lagi bermain secara normal seperti biasa,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Noah Okafor meledak dua gol buat Milan diikuti satu daripada Rafael Leao dan Ruben Loftus-Cheek, manakala jaringan Liverpool dihasilkan oleh Dominik Szoboszlai serta Cody Gakpo.

Walaupun akur anak-anak buahnya melepaskan empat gol, Slot tidak merasakan The Reds berada dalam situasi terdesak untuk mendapatkan pertahanan tengah baharu khususnya selepas berita kecederaan Joe Gomez.

“Saya tidak fikir wujud kebimbangan tentang pertahanan tengah. Ryan Gravenberch boleh bermain di posisi itu seperti dilakukannya musim lalu.

“Wataru Endo juga boleh bermain di situ dan ketika ini Joe Gomez hanya alami kecederaan ringan. Cumanya ketika ini kami belum ada lagi pengganti kepada Jarell Quansah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI