fbpx
ANGGOTA polis memantau keadaan kanak-kanak yang ditinggalkan di sebuah restoran sebelum dibawa ke IPD Temerloh malam semalam.

Kanak-kanak tertinggal di restoran selepas makan bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui orang ramai tertinggal di sebuah restoran selepas singgah makan bersama keluarganya di restoran itu malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, berdasarkan maklumat, kanak-kanak berkenaan datang bersama keluarga dan saudara maranya yang menaiki dua buah kereta.

“Difahamkan kanak-kanak ini pada mulanya hendak mengikuti sepupu bapanya tetapi tidak menaiki kenderaan sepupu bapanya.

“Masing-masing hanya sedar ketiadaan kanak-kanak ini apabila sampai dekat Gambang, Kuantan,”katanya di sini hari ini

Menurutnya, keluarga kanak-kanak berkenaan telah menghubungi Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh pada pukul 11.30 malam semalam.

Katanya, kanak-kanak berkenaan yang berada dalam keadaan baik diambil oleh keluarganya pada pukul 12.40 tengah malam di IPD Temerloh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI