fbpx
Seorang petugas Unit Amal Pas sedang membersihkan kawasan sekitar Dataran Merdeka petang tadi.

Jangan bimbang, sampah kami sudah bersihkan – Pemuda Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penganjur Himpunan Turun Anwar memaklumkan bahawa semua sampah di sekitar kawasan Dataran Merdeka telah dibersihkan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan yang dilakukan dengan kerjasama Unit Amal Pas bagi memudahkan petugas kontraktor awam mengumpulkan sampah.

“Sampah-sampah yang ada sekitar juga telah dikutip dan diletakkan di satu tempat oleh mereka bagi memudahkan petugas kontraktor awam mengumpulkan sampah.

“Boleh kira mereka ni ‘cleaner’ program,” tulisnya di laman Facebook sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi unit tersebut juga bukan sahaja ‘pak guard’ berdiri mengawal keadaan di Dataran Merdeka, tetapi mereka juga ‘bodyguard’ mengiringi VIP.

“Mereka jugalah yang membantu memasang dan menyimpan barang-barang program pada hari ini.

“Barisan semut merah yang bertanggungjawab menjaga suasana dan keselamatan para peserta himpunan.

“Depa berdiri, berpanas dan berbasah bersama-sama dengan peserta yang lain. Inilah tonggak kepada kelancaran program hari ini,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI