fbpx
Seorang peserta wanita diberi bantuan awal kerana mengalami sesak nafas

Himpunan Turun Anwar: Seorang peserta wanita alami sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang peserta wanita Himpunan Turun Anwar mengalami sesak nafas ketika berhimpun di Dataran Merdeka petang ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, wanita berusia lingkungan 30-an itu mengalami sesak nafas sebelum disahkan mengalami masalah gula dalam darah rendah.

“Mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan dibawa oleh unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dataran Merdeka dibanjiri puluhan ribu peserta Himpunan Turun Anwar yang berarak dari Masjid Negara.

Peserta mula memenuhi kawasan dataran sekitar pukul 2.50 petang dengan ribuan peserta melaungkan slogan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI