JIKA ada senarai artis yang kerap ‘naik’ dalam senarai kecaman netizen, tentu sahaja pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha berada di carta nombor satu.
Selepas beberapa minggu lalu ditegur mengenai tarian dan sebelumnya didakwa seksi, kali ini si cantik manis itu terkait isu terlebih mesra.
Daiyan didakwa intim dengan penghibur antarabangsa Henry Moodie, yang berkunjung ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menerusi satu video yang dikongsi menerusi TikTok, Daiyan dan Henry dilihat membuat trend yang popular di media sosial iaitu Illegal.
Netizen nampaknya tidak selesa dengan tindakan pelantun lagu Pergilah itu yang didakwa tidak menjaga batas pergaulan. Ada juga kembali ungkit ibadah umrah yang pernah dilakukan sebelum ini.
Aduhai, janganlah begitu. Nak tegur, tegur sajalah. Tak perlu nak ungkit hal lain. Kasihan pun ada juga Diva kat Daiyan. Bertabah ye dik.
DIVA: Siapa agaknya pelakon lelaki yang ketiak berbau tu ye.