fbpx
FAD'L (kiri), Sze Yee (tengah) dan Zuraidah (kanan) semasa perasmian Karnival Saham Perak Bersama Bursa Malaysia di Dewan Tun Dr. Ling Liong Sik, UTAR Kampar, hari ini.

Bursa Malaysia catat nilai pasaran RM1.9 trilion terajui Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) terus melakar kejayaan menerajui segmen Asia Tenggara dengan momentum nilai pasaran melebihi RM1.9 trilion selain aktiviti tawaran awam permulaan (IPO) yang bersifat dinamik.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed berkata, kejayaan itu mencerninkan kekukuhan pasaran modal negara dan keyakinan komuniti perniagaan sebagai rakan kongsi bagi pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang.

“Penyertaan pelabur runcit juga terus kukuh dan menjadi penyumbang utama kepada pasaran ekuiti negara.

“Setakat pertengahan tahun ini, purata nilai dagangan harian (ADV) pelabur runcit kekal stabil sekitar RM450 juta sejajar dengan paras sebelum pandemik COVID-19,” katanya semasa berucap pada Karnival Saham Perak Bersama Bursa Malaysia di sini hari ini.

Karnival julung kali diadakan itu dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ling Liong Sik, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampar. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee – merasmikan karnival itu serta Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Pengkomersialan UTAR Kampar, Prof. Dr. Zuraidah Abd. Manap.

Berhubung perkembangan pasaran modal di negeri ini, beliau memaklumkan terdapat lebih 113,000 atau lapan peratus runcit aktif daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1.4 juta di negara ini.

Katanya, hampir 6,000 akaun sistem depositori pusat (CDS) saham baharu dibuka setakat pertengahan tahun ini yang berpotensi untuk terus berkembang dengan populasi penduduk negeri melebihi 2.5 juta orang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI