fbpx
Antara peserta himpunan yang membawa kanak-kanak ke Dataran Merdeka.

Himpunan Turun Anwar: Peserta ingkar arahan, bawa kanak-kanak berarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Segelintir peserta Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka didapati ingkar arahan pihak berkuasa apabila dilihat turut membawa kanak-kanak menyertai perarakan terbabit.

Tinjauan Kosmo! di Dataran Merdeka ketika ini mendapati peserta mula berarak masuk ke kawasan ini.

Bagaimanapun keadaan di sekitar Dataran Merdeka ketika ini masih terkawal dan hanya kedengaran laungan ‘turun Anwar’ dan ‘bangkit rakyat’.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad menegaskan larangan membawa kanak-kanak ke himpunan itu bertujuan memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap undang-undang.

Polis turut mengingatkan peserta agar tidak membawa sebarang objek tajam, bahan berbahaya dan mercun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI