fbpx
Gambar hiasan

Polis buka kertas siasatan video tidak senonoh bekas suami pempengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran video memaparkan aksi tidak senonoh dipercayai melibatkan bekas suami kepada seorang pempengaruh media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan berkaitan kes itu dimulakan selepas pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang wanita pada Isnin lalu.

“Laporan polis dibuat pengadu di Balai Polis Slim River selepas dimaklumkan mengenai penyebaran video dan gambar tidak senonoh melibatkan tunangnya di media sosial.

“Hasil semakan mendapati, kandungan tersebut dimuat naik menerusi akaun Telegram atas dan akaun Threads sebelum tersebar ke platform media sosial lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noor Hisam, pihaknya akan membuat semakan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengenal pasti pemilik akaun tersebut untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, satu akaun dipercayai milik bekas teman wanita lelaki itu memuat naik rakaman video memaparkan aksi tidak senonoh seorang individu di Telegram hingga menimbulkan reaksi pelbagai warga maya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI