fbpx
WATAK lakonan Ayda Jebat dalam drama Mandul Bukannya Pilihan kini dibenci khalayak.

Mandul Bukan Pilihan, bencinya tengok Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBUAH lagi naskhah yang bakal merobek jiwa pencinta drama tempatan, Mandul Bukan Pilihan yang kini hangat ditayangkan menerusi slot Megadrama, Astro Ria.

Membariskan pelakon hebat seperti Mira Filzah, Hun Haqeem dan Ayda Jebat, drama tersebut berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk dengan plot cerita yang bikin menggoncang emosi ramai.

Rata-rata menyifatkan gandingan Mira dan Hun serasi selain lakonan Ayda sebagai Farah yang juga watak antagonis berjaya mencetuskan kemarahan ramai.

“Benci betul aku watak Farah. Dasar gunting dalam lipatan nak musnahkan rumah tangga adik sendiri.

“Tidak sangka Ayda berjaya membawa watak jahat dengan baik. Bagus sangat lakonan dengan Mira,” kata netizen.

Mandul Bukan Pilihan mengangkat tema perjuangan pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan cahaya mata sendiri, namun terpaksa berdepan dengan cabaran seperti isu kesuburan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI