fbpx
 ASAP tebal memenuhi ruang udara dalam letupan di Maarrat Misrin, wilayah Idlib, Syrian semalam. – AFP 

Depoh senjata meletup, 12 terbunuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAMSYIK – Siri letupan sebuah depoh senjata di barat laut Syria semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR).

“Letupan yang berlaku di sebuah gudang senjata dan peluru milik Parti Islam Turkistan (TIP) mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan lebih 100 lagi  di Maaret Misrin, wilayah Idlib,” kata SOHR.

Mereka yang terbunuh termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak, kata SOHR yang berpangkalan di Britain, berdasarkan maklumat rangkaian sumber di lapangan.

TIP ialah kumpulan militia aktif di wilayah Idlib, terdiri daripada pejuang Uighur yang menyertai perang saudara Syria untuk menentang bekas presiden Bashar al-Assad.

Kementerian Kesihatan Syria melaporkan tujuh kematian dan 157 mangsa cedera dalam letupan itu, dalam jumlah yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi SANA.

Pihak berkuasa tidak menyatakan punca letupan.

Imej AFP menunjukkan gumpalan asap naik ke langit, dengan beberapa kanak-kanak adalah antara mangsa yang cedera.

Kementerian dalam negeri berkata, pihaknya melancarkan siasatan segera dan menyeluruh untuk mengenal pasti punca letupan serta menghukum mereka yang bertanggungjawab. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI