fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita dipercayai sengaja memotong hos bomba di kawasan perumahan Semenyih.

[VIDEO] ‘Bukan satu, dua… tapi empat hos bomba dia potong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab yang berani memotong hos bomba di sebuah kawasan perumahan di Semenyih mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Norfatimahjamal, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita membawa alat pemotong kabel dan memotong peralatan kecemasan itu selepas berjaya mengalihkan perhatian pengawal keselamatan.

“Mereka datang berdua, seorang tarik perhatian guard, seorang lagi pura-pura hantar barang tapi sebenarnya tengah potong hos bomba. Lepas itu tukar peranan pula.

“Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati-mati ingat budak-budak yang main, memang tak perasan langsung.

“Bukan satu, bukan dua… tapi empat hos bomba dia potong. Bayangkan kalau ada kecemasan masa itu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kemarahan dan kebimbangan terhadap perbuatan tersebut yang dianggap sebagai sabotaj.

“Baru jadi kat kawasan kami, dua-dua blok potong habis. Bahaya kalau tiba-tiba terbakar, hos bomba langsung tak boleh guna,” kata seorang pengguna.

“Mesti akan ada unsur-unsur khianat nanti. Orang lain tak boleh guna hos tu,” komen Azman.

“Tak faham dengan manusia yang ada masa untuk buat kerosakan.. banyak betul masanya.. harap dapat tangkap lah.. manusia macam ini menyusahkan manusia lain, membazir masa orang lain,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@norfatimahjamal Bukan satu, bukan dua… Tapi 4 level hos bomba dia potong 😳” Tengah siang pun orang berani naik rumah Kejadian ni berlaku dekat Semenyih. Mereka datang berdua, sorang tarik perhatian guard sorang lagi pura hantar barang padahal tengah potong hos bomba. Lepas tu tukar peranan, distract guard yang sorang lagi pula. Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati2 ingat budak2 yang main , memang tak perasan langsung. Bayangkan kalau ada kecemasan masa tu… Sila hati-hati, jiran semua. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul. #semenyih #apartment #cctv #curihosbomba ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN