fbpx
Remaja berkenaan sukar untuk berjalan dan cuba dibantu oleh orang ramai. - FACEBOOK

Remaja hisap vape berubah menyerupai ‘zombi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang remaja dikejarkan ke hospital akibat rebah di perhentian bas selepas dilihat menghisap rokok elektronik (vape) di sebuah jejantas di Singapura, lapor laman berita Must Share News semalam.

Berdasarkan beberapa imej yang dimuat naik dalam kumpulan Facebook Complaint Singapore, remaja lelaki itu dilihat berjalan kaki di atas sebuah jejantas di Jalan Bishan dengan keadaan kepalanya menunduk.

Pengguna media sosial yang memuat naik video itu berkata, dia melihat remaja tersebut menghisap vape sebelum menunjukkan tingkah laku seperti zombi dan badannya bergoyang-goyang.

Satu lagi gambar menunjukkan remaja itu duduk di tangga ketika orang lalu-lalang yang prihatin cuba membantunya sebelum dia rebah di perhentian bas.

Beberapa anggota polis dan pasukan pertahanan awam kemudian tiba sebelum remaja terbabit dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Menurut undang-undang Singapura, membeli, memiliki dan menggunakan vape adalah diharamkan, di mana pesalah berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun dan atau denda sehingga SG$10,000 (RM33,000). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI