PETALING JAYA – Kuala Lumpur dan Putrajaya antara kawasan diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 11 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut dijangka mengalami cuaca buruk.
“Di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Negeri Sembilan (Port Dickson, Rembau dan Tampin).
“Perak membabitkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala, ” kata MetMalaysia.
Sementara itu, hujan lebat dijangka melanda seluruh Melaka dan Johor melibatkan Tangkak dan Muar. – KOSMO! ONLINE