PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah gagal apabila perbuatannya dirakam oleh pemilik kediaman tersebut.
Menurut perkongsian Danielmuhammads di Thread menunjukkan individu terbabit cuba membuka pintu jeriji sebelum dikejutkan oleh tuan rumah.
Difahamkan, lelaki itu sudah beberapa kali memantau kediaman tersebut untuk mencari masa yang sesuai melakukan jenayah.
“Tanpa sedar, ada orang yang selalu perhatikan rumah kita. Perompak sebelum pecah masuk, dia akan perhati dulu rumah dalam beberapa hari atau minggu.
“Dia akan perhati waktu bila kita ada dan tiada kat rumah. Lepas tu baru dia akan rompak,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.
“Badan sihat tapi jadi penyangak juga yang dia pilih. Semoga cepatlah ke dalam (penjara) spesies menyusahkan orang,” komen Farahhhws.
“Menakutkan pagar macam ini pun orang boleh buka,” kata Lazafie.
“Inilah orang kata nak jadi perompak kena bijak, ini gaya macam pertama kali jadi perompak,” balas AtiqahLah. -KOSMO! ONLINE
View on Threads