fbpx
LUAHAN Almy Nadia mengenai pengunduran suaminya, Fizz daripada Suria FM seolah-olah menggambarkan ada desakan daripada pihak tertentu.

‘Syukur dijauhi orang berhati busuk, ingat Allah sentiasa ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kepada yang ‘tet’, terima kasih, ingat Allah sentiasa ada”.

Demikian luahan isteri kepada bekas penyampai radio Suria FM Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia dalam media sosial yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Hantaran dibuat seolah-olah memberi bayangan keputusan teman hidupnya berundur dari stesen radio terbabit adalah atas kehendak pihak tertentu, bukan seperti disebutkan sebelum ini.

“Permulaan yang baik, ditemukan dan dikelilingi orang baik.

“Dijauhi daripada orang yang berhati busuk dan suka aniaya orang. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah.

“Saya sayang awak dan sentiasa ada dengan sayang,” tulisnya dalam Insta Story.

Sebelum itu, Almy yang juga pelakon turut meluahkan kesyukuran selain menyuntik kata-kata semangat buat suaminya.

“Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan beliau di Suria FM. Bersyukur dan percaya rezeki ada di mana-mana,” ujarnya.

Jumaat lalu, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 45, mengucapkan selamat tinggal kepada segmen Morning Morning Suria selepas setahun enam bulan menceriakan pagi pendengar.

Pengumuman itu dilakukan ketika bersiaran dengan dua lagi rakan setugas iaitu Ajak Shiro dan Kai Hassan.

Fizz yang menyertai saluran terbabit pada Januari 2024 mengakui meninggalkan Suria FM demi memberi fokus terhadap keluarga terutama membantu isteri menguruskan lima anak mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI