fbpx

Bot pelancong karam, 28 mangsa lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Sebuah bot pelancong karam di Vietnam semasa ribut petir hari ini, menyebabkan 28 orang terkorban dan berpuluh-puluh mangsa hilang.

Ketika kejadian, bot Wonder Sea itu membawa 48 penumpang dan lima kru di destinasi pelancongan popular, Teluk Ha Long.

Pasukan penyelamat menyelamatkan 12 orang dan menemui 18 mayat berhampiran lokasi kejadian, demikian menurut akhbar VNExpress. 23 individu lagi masih hilang.

Akhbar itu menyatakan, Wonder Sea karam akibat angin kencang. Antara mangsa terselamat ialah seorang remaja berumur 14 tahun yang dikeluarkan selepas terperangkap di dalam bot terbalik selama empat jam.

Menurut Jawatankuasa Rakyat Wilayah Quang Ninh, pada pukul 12.55 tengah hari (waktu tempatan), Wonder Sea sedang belayar di Teluk Ha Long.

Sekitar pukul 1.30 tengah hari, Wonder Sea dipukul ribut secara tiba-tiba, menyebabkan ia condong dan terbalik.

Lima jam kemudian, anggota-anggota pengawal sempadan Quang Ninh melaporkan bahawa 12 orang diselamatkan dan 18 disahkan maut, manakala usaha mencari dan menyelamat masih dilakukan bagi mencari 23 mangsa yang masih hilang.

45 minit kemudian, jumlah mayat yang ditemui meningkat kepada 28 termasuk lapan kanak-kanak.

Kebanyakan penumpang ialah pelancong dari Hanoi termasuk kira-kira 20 kanak-kanak.

Keadaan bertambah buruk apabila Ribut Tropika Wipha diramal melanda wilayah utara Vietnam, termasuk kawasan Teluk Ha Long, minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI