fbpx

Bukan tolong pemandu, orang ramai ‘berjemaah’ kebas mangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai mengutip mangga yang terjatuh di tepi jalan. - X

NEW DELHI –  Satu klip video tular di India memaparkan berpuluh-puluh penduduk berlumba-lumba mengutip buah mangga yang jatuh daripada sebuah lori terbalik, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kemalangan melibatkan lori membawa mangga itu berlaku di bandar Dehradun, negeri Uttarakhand, baru-baru ini.

Rakaman video di laman X oleh akaun @askbhupi menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengambil mangga yang bertaburan di atas jalan raya. 

Ada yang meletakkan mangga-mangga itu di dalam plastik, guni serta bakul yang dibawa dari rumah. 

Tiada kecederaan dilaporkan. 

Perbuatan itu mengundang kecaman netizen. Mereka menuduh penduduk setempat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan nasib pemandu lori. 

“Mereka semua pencuri dan layak dipenjara!” kata seorang netizen. 

“Orang suka mengambil kesempatan demi kepentingan sendiri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI