fbpx

Lega tengok Kilafairy masih bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILAFAIRY masih anggun bertudung menerusi perkongsian terkininya dalam Instagram.

BEBERAPA minggu lalu, Diva terkejut dengan perkongsian Threads Kilafairy yang mengakui imannya goyah sehingga rasa ingin menanggalkan hijab.

Bila kongsi perkara sebegitu, ramai mula melahirkan kerisauan sebab takut Kila ambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Namun, baru-baru ini Diva lihat dia memuat naik foto mempromosikan satu jenama kosmetik dan bertudung!

Lega hati lihat Kila masih kekal dengan imej tersebut. Bukan Diva sahaja, peminat pun gembira dan tidak berhenti memuji kecantikan anak Allahyarham Rohana Jalil itu.

Diva doakan hatinya kekal istiqamah dan tidak lagi rasa goyah sehingga memikirkan perkara yang tak sepatutnya.

DIVA: Terasa nak tahu sambutan pembelian tiket konsert Elite dan 4U2C, pasti menggalakkan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI