PETALING JAYA – Gelagat kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan yang memanjat dan berdiri di atas papan seterika mengejutkan ibunya.
Menerusi perkongsian di Threads, si ibu memuat naik video yang menunjukkan anaknya bukan sahaja berjaya memanjat papan seterika, malah menggoyangkannya dengan selamba.
“Ya allah bangkit dari solat, terkejut mak kau ini. Rekod dulu nak tunjuk bapak awak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Rata-rata orang ramai di ruangan komen menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan si kecil, selain menasihati agar lebih berwaspada.
“Nampak macam pegang wayar pengecas telefon. Kalau suis ditutup takpe la, kalau terbuka seram itu. Budak-budak masuk mulut selalunya. Apa-apapun minta dijauhkan,” ujar Naim.
“Papan seterika lipat itu sangat bahaya ye. Rasanya ada kes budak berapa bulan mati tersepit kat kaki sebab terlipat. Lebih baik ia diletak dekat bilik yang anak tidak bermain atau masuk situ,” balas Asyhahmad.
Dalam pada itu, kebanyakan ibu bapa turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenai gelagat anak kecil yang suka melakukan perkara di luar jangkaan.
“Anak saya macam ini lah umur satu tahun tiga bulan. Kalau diam itu tahu sudah berada dekat atas meja makan. Jadinya, sekarang kerusi semua kami simpan dalam bilik,” kata Skit.
“Anak saya pertama kali panjat kerusi meja makan pun terkejut , ini papan seterika tu bukan kukuh sangat,” komen TyyEzad. -KOSMO! ONLINE