PELAKON terkenal, Shah Rukh Khan dikecam hebat selepas membuat hantaran ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat anak bilionair terkenal India iaitu Anant dan Randhika Ambani.
Netizen berkata, ucapan tersebut dibuat kerana pelakon yang terkenal dengan gelaran King of Khan itu dibayar oleh keluarga jutawan itu.
“Memalukan! Nampak sangat anda dibayar untuk membuat hantaran ini. Tak sangka artis tersohor seperti anda sanggup melakukan perkara ini,” komen netizen dalam Instagram.
Netizen juga turut mempersoalkan tindakan pelakon filem Dilwale itu yang membisu saat negara mereka dilanda konflik peperangan.
“Kenapa sebelum ini anda membisu tentang perang India-Pakistan. Anda juga membisu tentang isu Palestin,” komen netizen.
Perkahwinan Anant dan Randhika mendapat perhatian seluruh dunia kerana menjadi perkahwinan termahal dalam sejarah yang menelan belanja hampir RM2.5 bilion (US$600 juta).
Tetamu yang diundang juga turut dibayar untuk menghadiri majlis tersebut termasuklah Kim Kardashian.