fbpx

Perut buncit tetapi selamba berbikini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAREENA Kapoor banyak berkongsi gambar-gambar percutiannya menerusi Instagram.

KAREENA Kapoor sememangnya terkenal sebagai selebriti yang suka berlibur di luar negara bersama keluarganya.

Terbaharu, pelakon filem Jab We Met itu berkongsi foto percutian di sebuah pulau dengan hanya memakai bikini.

Foto tersebut bagaimanapun menjadi bahan umpatan netizen yang mendakwa penampilan ibu anak dua itu tidak sesuai dengan usia dan statusnya.

Lebih parah apabila ada yang mengkritik perut buncitnya. Malah, mereka membuat spekulasi aktres itu sedang hamil anak ketiga.

“Adakah anda hamil lagi? Kenapa anda tidak menjaga tubuh dan penampilan? Dahulu anda bintang yang sangat jelita dan kini hilang semuanya. Harap anda kembali bersenam,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI