fbpx

Menuju penamat Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HADir lagi ke Malaysia, konsert Bernadya kali ini dalam siri jelajah Untungnya Untungnya yang menutup era album Sialnya Hidup Harus Berjalan.

NAMA Bernadya mula meniti di bibir pendengar Malaysia dengan lagu hit berjudul Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan hanya selepas sedekad bergelar anak seni.

Sejak itu, ramai yang mula menghayati kesemua karya-karya galau dendangan dan juga yang ditulis sendiri pemilik nama sebenar Bernadya Ribka Jayakusuma.

Hampir keseluruhan dendangannya berkait dengan kehidupan seseorang yang melalui episod patah hati sekali gus mudah memikat pendengar setiap generasi.

Pertama kali datang ke Malaysia pada 3 Oktober lalu membuktikan penyanyi berusia 21 tahun itu sudah mengumpul peminat tegar sehingga membuatkannya berani mengambil keputusan mengadakan jelajah di Kuala Lumpur (KL) pada Ahad lalu.

Tidak sendirian, kali ini Bernadya membawakan rakan seperjuangan, Adrian Khalif sebagai pembuka tirai.

Tepat pukul 8 malam, Adrian muncul di pentas dengan membawakan lagu Kembali Kesepian, Sini, Cenayang, Cinta Begini, Menawan dan Sialan.

Jejaka itu juga sempat mempromosikan single terbaharu berjudul Kualat iaitu lagu yang berkisar seseorang jatuh cinta tetapi menyesal di kemudian hari.

Selesai tugasan solo Adrian, 2,000 pengunjung terpaksa menunggu Bernadya hampir setengah jam untuk tampil ke pentas.

Meskipun agak lama menanti, khalayak tetap bersorak apabila melihat kehadiran si cantik yang mesra disapa Nadya yang lengkap berbusana serba hitam.

Selepas di Kuala Lumpur, Bernadya akan menyambung persembahan jelajahnya
di Kota Kinabalu, Sabah
pada 19 Julai (Sabtu) ini.

Tidak berlama-lama, dia terus melantunkan suara dengan lagu Lama-Lama dan Kita Kubur Sampai Mati sebagai pemanas persembahan.

“Ini jelajah Untungnya Untungnya adalah rangkaian jelajah penutup dari era album Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan.

“Saya cuba untuk tidak menutup atau meninggalkan album ini, era ini sangat besar buat saya. Tapi saya mahu tunjukkan bahawa saya sudah ‘move one’.

“Era ini sangat besar kerana imej ini buat orang lebih mengenali diri saya,” katanya sebelum mendendangkan lagu Kata Mereka Ini Berlebihan, Berlari, Ambang Pintu dan Kini Mereka Tahu.

Selain itu, Bernadya juga turut melantunkan beberapa seleksi berjudul Terlintas, Masa Sepi, Satu Bulan dan Sinyal- Sinyal sebelum sekali lagi menjemput Adrian Khalif ke pentas bagi mempersembahkan lagu Asumsi.

Semasa menyanyikan lagu Masa Sepi, tiba-tiba emosi mencengkam dada penyanyi asal Surabaya itu apabila teringatkan pengawal peribadinya yang meninggal dunia dua hari sebelum berangkat ke KL.

Meskipun dalam keadaan sebak, Bernadya tetap menghabiskan lagu Masa Sepi dengan bantuan daripada peminat yang menyuntik semangatnya.

TIDAK sendirian, kali ini Bernadya ditemani teman baiknya, Adrian Khalif penyanyi undangan.

Istimewanya kali ini, Bernadya membawakan lagu Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan dan Apa Mungkin dalam versi akustik sebelum menutup malam indah tersebut dengan karya paling popularnya berjudul Untungnya Hidup Harus Tetap Berjalan.

Selepas di KL, Bernadya dijadualkam berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Julai di KDCA Hall untuk menghiburkan penggemarnya di Negeri Di Bawah Bayu itu pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI