fbpx

Malaysia bersedia perluas pelaburan ke New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri New Zealand, David Seymour

PETALING JAYA – Malaysia bersedia memperluas pelaburan ke New Zealand termasuk dalam sektor tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik yang sejajar dengan komitmen negara ke arah ekonomi hijau dan lestari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkata itu dinyatakan semasa beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya di New Zealand, David Seymour hari ini.

Menurutnya, ia semangat saling melengkapi selepas Malaysia menerima pelaburan New Zealand yang membuka kira-kira 1,300 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Kami turut membincangkan isu berkaitan pensijilan halal serta pertukaran pelajar antara kedua-dua negara.

“Saya menyambut baik komitmen New Zealand untuk memuktamadkan Halal Implementing Arrangement (HIA) dan Mutual Arrangement and Overseas Market Access Requirements (OMAR) di samping menambah kuota pelajar Malaysia ke negara ini.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, langkah itu turut diperkukuh melalui Pertukaran Dokumen Kolaborasi Pengajian Tinggi di antara University of Poly-Tech Malaysia (UPTM) dengan Victoria University of Wellington (VUW) dan LOI di antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University of Canterbury (UC)

Terdahulu, katanya, pertemuan dengan Seymour secara tidak langsung memperkukuh semangat kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan New Zealand dalam pelbagai bidang strategik.

Ujar beliau, pertemuan tersebut akan membuka lebih banyak ruang untuk rakyat kedua-dua negara saling mendekati dan memahami antara satu sama lain.

“Dua negara kecil dari benua berbeza, namun sehaluan dalam mencari masa depan yang lebih sejahtera, adil dan berdaya tahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI