fbpx

Salah tunggang, nampak bangang – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PETALING JAYA – “Memang susah untuk tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang. Tapi hati-hati, kalau Pas salah tunggang, nanti nampak bangang”

Demikian sindiran keras bekas Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung pendirian Pas membabitkan isu badan kehakiman.

Kata beliau, dalam masa seminggu, Pas ada tiga pendirian berbeza mengenai kemelut yang menjadi tumpuan masyarakat tersebut.

“Mula-mula, Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas) menetapkan syarat saya kena turun himpunan mereka sebelum Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong syor saya.

“Syor agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan mengenai campur tangan dalam badan kehakiman.

“Selepas kena kecam dengan rakyat, Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Pas) pula sebut itu bukan pendirian Pas. Pas sebenarnya menyokong cadangan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, sehari selepas itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula memaklumkan pembangkang menolak cadangan tersebut.

Dakwa beliau, Pas berubah pendirian tiga kali dalam seminggu mirip kepada kebolehan Pas menjatuhkan hukuman berbeza-beza mengikut keadaan asalkan boleh ‘tunggang’

“Akhirnya yang lebih lantang bersuara ‘backbencher kerajaan’ sebab pembangkang hanya berminat tebuk atap supaya mereka boleh jadi menteri balik,” sindirnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI