fbpx

Peragut ‘Ego Gear’ merah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV memaparkan seorang penunggang motosikal meragut wanita di sebuah pasar raya di Lembah Sireh, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Gear berwarna merah di pekarangan tempat letak kereta di sebuah pusat pasar raya di Lembah Sireh di sini kelmarin akhirnya dicekup polis.

Suspek ditahan kira-kira pukul 9 pagi semalam oleh Ketua Balai Polis Kota Bharu dan anggota polis selepas tidak sampai 24 jam kejadian tersebut berlaku.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu , Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang merupakan seorang wanita sedang berjalan kaki di pekarangan tempat letak kereta pasar raya itu kira-kira pukul 7.28 malam.

Menurutnya, beg tangan wanita itu tiba-tiba diragut suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Gear sehingga mengalami kerugian sebanyak hampir RM220.

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Polis turut merampas barang berkaitan kes tersebut iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Gear, sehelai baju T berwarna kelabu dan sehelai seluar panjang hitam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, hasil soal siasat, suspek didapati terlibat dalam lima kes samun dan ragut di sekitar daerah inu.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Kosmo! Online semalam melaporkan, orang ramai diminta mengesan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Gear berwarna merah selepas dipercayai meragut seorang individu di Lembah Sireh di sini kelmarin.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah premis menjual kopi, kelihatan lelaki berkenaan telah meragut barangan seorang wanita ketika mangsa ingin ke keretanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI