fbpx

Nasib 2 lelaki tebang pokok ikonik diketahui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan pokok ikonik di Sycamore, utara England. – BBC

LONDON – Dua lelaki yang didapati bersalah menebang secara ‘sengaja dan tidak berakal’ salah satu pokok paling ikonik di United Kingdom (UK), sehingga mencetuskan kemarahan negara, akan mengetahui hari ini sama ada mereka akan dipenjarakan.

Mei lalu, panel juri Mahkamah Mahkota Newcastle mendapati bekas rakan, Daniel Graham dan Adam Carruthers bersalah melakukan kerosakan jenayah kerana menebang pokok tersebut di Sycamore Gap pada 2023.

Pokok itu berdiri selama hampir 200 tahun di sebelah Tembok Hadrian yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO di utara England. Pokok itu begitu menarik sehingga dipaparkan dalam filem Hollywood 1991, Robin Hood: Prince of Thieves.

Mereka didapati bersalah atas dua tuduhan  jenayah iaitu menebang pokok sycamore dan merosakkan tembok Rom apabila pokok itu tumbang ke atasnya.

Kedua-dua defendan akan dijatuhi hukuman di mahkamah sama hari ini. Mereka berdepan penjara maksimum 10 tahun. Perbicaraan dijadualkan bermula pukul 11.00 pagi (waktu tempatan) atau 6 petang (waktu Malaysia).

Bertindak balas terhadap keputusan bersalah itu, badan pemuliharaan, National Trust berkata: “Tindakan menebang pokok itu telah mengejutkan orang ramai di seluruh UK dan di luar negara”.

Graham dan Carruthers menaiki sebuah Range Rover menunju ke tapak UNESCO berhampiran Hexham dan mereka menebang pokok itu dengan gergaji rantai pada malam 27 September 2023.

“Pokok ini tumbang dalam masa beberapa minit sahaja,” kata pendakwa raya Richard Wright. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI