fbpx

‘Sejam lawan bau kapur barus, macam nak suruh kemalangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Khiriah

PETALING JAYA – Cemas dan menyeramkan. Itu yang dilalui pelakon Noorkhiriah apabila hampir hilang kawalan akibat ketakutan diselubungi bau kapur barus yang kuat ketika memandu kereta sendirian di sebuah lebuh raya di ibu negara.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, berkata bau tersebut seakan-akan mengekori dan membuatkan dirinya panik apatah lagi ketika itu bersendirian dalam keadaan hujan lebat dan terperangkap kesesakan jalan raya.

“Bau kapur barus baru ikut balik. Kalian boleh bayangkan, sendirian bawa kereta, hujan, jammed teruk tiba-tiba bau kapur barus melekat kat hidung. Baru jadi tadi, bukan tengah malam pun tapi tengah jalan.

“Nak berhenti celah mana? Jammed gila. Nak tak nak teruskan juga bawa kereta. Memang tak pandang dah cermin belakang. Jantung laju macam nak terbang. Lutut gigil.

“Bau makin lama makin kuat tapi tak busuk. Akhirnya buka lampu, buka tingkap. Dada melekat kat stereng pasal membongkok bawa kereta. Seram, sampai lebuh raya Duke bau hilang. Hampir sejam berlawan dengan bau. Tarik nafas, senyum, zikir. Dari lapar terus kenyang,” katanya.

Pengalaman misteri tersebut dikongsikan Noor Khiriah menerusi Insta Story yang disifatkan seolah-olah cuba membuatkan dirinya bertindak melulu akibat ketakutan.

Kongsi pelakon drama Seribu Tahun itu lagi, dia sendiri tertanya-tanya mengenai kemunculan bau tersebut namun hanya berserah kepada Allah agar dihindarkan daripada sebarang kesulitan.

“Sampai sekarang tak tahu dari mana datangnya bau itu, tapi seolah-olah macam nak suruh kemalangan. Bau tu datang dan pergi.

“Tak kira buka tingkap atau pasang lampu, bau tetap ada. Walaupun dah pasang ngaji, tetap tak hilang. Tawakal sahajalah.

“Alhamdulillah sampai rumah juga walaupun asyik fikir mana datangnya bau. Harap tak ada apa-apa yang tak baik jadi. Lepas ni naik Grab sahaja,” kongsinya.

Pada hantaran sama Noorkhiriah turut mengingatkan pengikut media sosialnya supaya kekal tenang sekiranya berdepan situasi sebegitu.

Katanya, sebagai langkah berjaga-jaga disarankan berhenti di tempat yang selamat sebelum menyambung semula perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI