fbpx

Konate nekad, Real sedia buka pintu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE berjaya menarik minat Alonso yang mahu memasukkannya dalam perancangan Real musim baharu nanti. - AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso dilapor telah memaklumkan kepada pihak pengurusan kelab mengenai hasratnya untuk membawa Ibrahima Konate dari Liverpool ke Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan, Alonso secara peribadi telah menyatakan kepada Presiden Real, Florentino Perez bahawa Konate adalah calon ideal untuk memperkukuh benteng pertahanan pasukan selepas kecewa dengan persembahan Madrid ketika dibelasah 0-4 oleh Paris Saint-Germain di separuh akhir Piala Dunia Kelab (CWC) 2025.

“Dia pemain yang hebat, kuat, pantas dan memiliki tandukan yang bagus. Bek tengah yang sempurna untuk Real,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu, kini berada dalam tahun terakhir kontraknya bersama Liverpool dan telah memaklumkan kepada kelab bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak baharu.

Malah, laporan mendedahkan bahawa Konate sudah menyatakan hasratnya untuk menyertai Real dan tidak akan mempertimbangkan tawaran daripada mana-mana kelab lain.

Difahamkan, Los Blancos telah mencapai persetujuan peribadi dengan Konate dan bersedia membayar yuran perpindahan sebanyak €50 juta (RM247 juta) yang dituntut oleh Liverpool.

Alonso dikatakan tidak begitu menggemari gandingan Antonio Rudiger dan Raul Asencio sebaliknya mahu membentuk gabungan baharu melibatkan Konate dan Dean Huijsen di benteng pertahanan Real. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI