fbpx

[VIDEO] Pemandu Proton Wira dicari himpit, langgar penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial.

KLANG – Seorang pemandu kereta jenis Proton Wira dikesan selepas aksinya menyebabkan kemalangan kepada penunggang motosikal sebelum melarikan diri tular di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin di Batu 5, Jalan Kapar dengan pelakuan pemandu itu berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan semasa insiden itu.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok dan berjaya merekod nombor plat kenderaan pelaku tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta telah menghimpit dan melanggar sebuah motosikal ditunggangi mangsa berusia 22 tahun di lorong kanan jalan berkenaan.

“Pemandu kereta tersebut kemudiannya telah melarikan diri dari tempat kejadian.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Hisyam ditalian 019-6816734 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

@mustakimmohry Langgar Lari Batu 5 Jalan Kapar.. jumpa ckp polis kirim salam.. #pdrmmalaysia ♬ original sound – mustakimmukri7

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI