fbpx

Kenapa Janna Nick lempang Mawar Rashid?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Janna dan Mawar menarik perhatian ramai.

TIDAK semena-mena Mawar Rashid dilempang Janna Nick hanya disebabkan lagu tular dari Sepanyol berjudul Dame Un Grr.

Menerusi video yang dimuat naik Mawar dalam TikTok, dia dilempang Janna apabila lagu Dame Un Grr mula dimainkan.

Difahamkan, situasi tersebut menggambarkan Janna melepaskan geram terhadap Mawar kerana tidak suka dan rimas apabila mendengar lagu berkenaan.

Namun, jangan risau kerana situasi tersebut bukan pergaduhan sebenar sebaliknya hanya satu lakonan dan mengikut salah satu TikTok trend yang turut dilakukan individu lain.

Sementara, video tersebut dibanjiri dengan komen lucu netizen yang terhibur dengan gelagat dua pelakon berkenaan.

“Boleh tahan kuat pelempang yang Janna bagi. Semua ini punca Dame Un Grr.

“Aku risau akan jadi macam Janna kalau kawan sendiri dengar lagu ini berulang-kali,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI