fbpx

Pengasas produk kecantikan suka tayang emas dipenjara 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira ditahan di Balai Polis Makassar pada Januari lalu. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang pengasas produk kecantikan yang gemar memakai barang kemas di seluruh tubuh dipenjara selama 10 bulan selepas produknya didapati mengandungi bahan beracun merkuri, lapor laman berita CNN kelmarin. 

Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati yang berasal dari Makassar, wilayah Sulawesi Selatan. 

Hakim Arif Wisaksono berkata, defendan didapati bersalah kerana menjual produk kecantikan yang tidak memenuhi standard atau piawaian keselamatan kesihatan. 

“Defendan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda 1 bilion rupiah (RM262,338). Sekiranya denda tidak dibayar, ia akan digantikan dengan penjara dua bulan.

“Defendan gagal memastikan produknya selamat sebelum diedarkan kepada pelanggan. Produk tersebut menimbulkan kebimbangan orang ramai dan boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan,” kata Arif. 

Tambah Arif, hukuman penjara itu dikurangkan kerana tingkah lakunya yang sopan sepanjang perbicaraan. 

Selain terkenal dengan gaya hidup mewah, Mira juga dikenali kerana gemar menayangkan perhiasan emas bernilai 553 juta rupiah (RM145,058) dari kepala hingga kaki. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI