fbpx

[VIDEO] CEO Batu nafi ‘ganggu’ remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Iqbal ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto SYAKIR RADIN

AMPANG – Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai abang “CEO Batu” didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada Mei lalu.

Bagaimanapun tertuduh Muhamad Iqbal Muhamad, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

“Saya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan,” kata Muhamad Iqbal.

Mengikut pertuduhan Muhamad Iqbal didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan niat untuk dilihat oleh mangsa yang berusia 13 tahun 10 bulan semasa kejadian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Batu Caves di sini pukul 1.16 pagi pada 16 Mei lalu mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Seksual Kanak-Kanak 2017.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie manakala tertuduh diwakili peguam-peguam Mohd. Anif Rafih, Amer Haiqal Mohd. Yusof dan Muhammad Zulhanif Mohd.
Anas.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan selain dilarang menganggu mangsa.

Tarikh 14 Ogos ini ditetapkan bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai ‘CEO Batu’ bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej dan gambar berunsur seksual kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI