fbpx

Bunuh Maniishapriet: Dua suspek akan dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek kes pembunuhan Maniishapriet akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, pagi esok.

SEPANG – Dua suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam ke atas pelajar universiti, Maniishapriet Kaur Akhara, 20, di Cyberjaya hujung bulan lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, pagi esok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala suspek wanita pula dituduh mengikut Seksyen 109/302 kanun sama atas kesalahan bersubahat.

Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan kes itu selepas menahan seorang lelaki dan tiga wanita berusia 19 dan 20 tahun.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor hari ini. Dua lagi suspek berusia 19 dan 20 tahun dibebaskan dengan bon jaminan dan akan menjadi saksi pendakwaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Maniishapriet yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di kediamannya sebuah kondominium di Cyberjaya oleh seorang rakan pada pukul 10 pagi, 24 Jun lalu.

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI