PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) mendapat kecaman orang ramai.
Menerusi sebuah video berdurasi 14 saat yang tular di Facebook, seorang bayi perempuan dilihat dibiarkan berkeliaran dan telah membuang air kecil di tengah-tengah gerabak tersebut.
Bagaimanapun, ibu bayi berkenaan yang sedang duduk bersama dua lagi anaknya dilihat tidak menghiraukan tindakan bayi tersebut.
“Harap RapidKL ambil tindakan ya, mak dia sibuk ‘call’ padahal nampak anak dia berkeliaran dan kencing,” tulis kapsyen pada video tersebut.
“Kenapalah pengotor sangat, habis nanti satu ‘train’ bau. Harap yang rakam ni bagitahu dekat petugas,” kata Rina.
“Pakaikanlah lampin kalau nak keluar tu, budak kecik tak reti nak tahan buang air. Mujur tak buang air besar,” kata NH.
“Tak ada tanggungjawab langsung nak lap pakai tisu ke apa,” kata Adiana.
Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 900,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE