fbpx

Rider, anak maut motosikal bertembung Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut dua beranak di Jalan Sialang, Tangkak, malam semalam.

TANGKAK – Seorang penghantar makanan menemui ajal bersama anak lelakinya apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan trak pikap jenis Toyota Hilux dalam kejadian di Jalan Sialang di sini malam semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dan anak lelakinya berusia 7 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Terdahulu, tular di laman sosial video kemalangan terbabit menunjukkan motosikal yang dinaiki mangsa terbakar sejurus bertembung dengan Toyota Hilux terbabit.

Menerusi rakaman video itu turut menunjukkan seorang lelaki menarik sesuatu dipercayai menarik kanak-kanak tersebut daripada rentung terbakar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI