fbpx

[VIDEO] Terima laporan mangsa tersepit, rupanya….

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan anggota bomba sampai kerana menerima laporan palsu.

PETALING JAYA – Sepasukan anggota bomba meluahkan rasa kesal apabila rasa ‘ditipu’ apabila menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa di Jambatan Pulau Pinang.

Menerusi video tular dimuat naik Mohd. Fadli Salleh, rupa-rupanya mangsa tersebut bukanlah tersepit, cuma pintu kereta sebelah kirinya rapat dengan pengadang jalan.

Malah, pintu-pintu lain kereta jenis Toyota Vios itu boleh sahaja dibuka tanpa ada sebarang penghalang.

“Telefon bomba kata ada kemalangan jalan raya, kami terima kata ada mangsa tersepit. Kami pun mai lah dengan jalan jem.

“Rupa-rupanya tersepit, pintu tu tak boleh nak buka. Tersepit dia kata. Tapi dia boleh keluar ikut pintu ni, dia tak mau keluar ikut pintu ni. Bertuah betul,” katanya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 210,000 tontonan, 1,900 tanda suka dan 552 komen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai geram melihat adegan itu kerana dianggap menambah beban kepada anggota bomba yang sedang bertugas.

“Mentang-mentang abang bomba ni baik, korang buli dia. Kadang-kadang kesian dengan abang bomba ni, benda-benda remeh macam ni pun kena bantu,” komen Nur July.

“Sebaiknya ambil tindakan. Sekurang-kurangnya biar orang tau. Jangan buat main-main. Akan menyusahkan orang lain,” komen Norisa Ismail.

“Makan minyak, makan masa. Banyak dah kes-kes palsu macam ni. Lepas ni orang jatuh basikal lutut sakit pun telefon bomba ok,” komen Alif Proton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI