SEJAK Syed Saddiq diumumkan bebas daripada segala pertuduhan minggu lalu, bertalu-talu pertanyaan membanjiri media sosial sama ada dia dan Bella Astillah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Diva baca banyak betul komen bertanya bila mereka nak naik pelamin dan sebagainya tetapi lama-kelamaan rasa serabut pun ada.
Iyalah, ada sesetengah komen seperti memaksa dan siap ugut, sebab terlalu berharap pasangan yang digelar BASS akan bersatu.
Kalau boleh berilah mereka ruang janganlah terlalu mendesak. Kalau ada jodoh, memang tidak akan lari ke mana.
Kalau tiada, kita doakan masing-masing bahagia dengan cara sendiri.
Sudah-sudahlah tanya bila BASS nak kahwin, pandai-pandailah mereka uruskan kehidupan sendiri.
DIVA: Tapi ada netizen tanya Aliff Aziz dan Ruhainies memang tiada hubungan istimewa langsung ke?