fbpx

[VIDEO] Ini perbezaan GST dan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna TikTok @Faiz Financial sedang menerangkan perbezaan sistem cukai SST dan GST.

PETALING JAYA – Pengasas Financial Faiz, platform yang memfokuskan literasi kewangan tampil menjelaskan perbezaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Dalam perkongsian video di TikTok, beliau menekankan kedua-dua sistem cukai tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Katanya, GST merupakan cukai menyeluruh yang dikenakan kepada hampir semua barangan dan perkhidmatan, namun dengan pengecualian tertentu.

Sebaliknya, SST pula dikenakan untuk barangan dan perkhidmatan tertentu dan diperluaskan baru-baru ini kepada barangan import dan mewah.

“Peluasan cukai SST ini fokus kepada barang-barang import dan mewah. Jadi, SST ini sebenarnya hendak cukaikan orang yang lebih kayalah. Yang (golongan) B40 sepatutnya tak kena melainkan (jika) nak beli barang mewah,” katanya.

Merujuk kepada data Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Faiz menjelaskan Malaysia mempunyai asas cukai yang rendah iaitu 11.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding negara-negara maju yang mencapai 30 hingga 50 peratus.

Bagaimanapun, beliau mengakui SST mempunyai kelemahan seperti isu cukai berganda.

“Contohnya, apabila bahan mentah diimport dan dikenakan SST, apabila produk akhir dijual, dikenakan SST sekali lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan reaksi berbeza berhubung cukai tersebut.

“Di sinilah patut semua orang dengar penjelasan cukai sebab memang orang selayaknya (yang) mengulas mengenai cukai,” kata @fmann0.

“Bagus info (maklumat) ini,” ujar @blue shark. – KOSMO! ONLINE

@financialfaiz Sistem cukai GST vs SST GST vs SST, ramai ingat dua-dua benda sama tapi sebenarnya banyak beza ya. Lepas dah tahu tentang GST, dan SST ni, apa pendapat you all? Mana satu lebih “bagus”? #financialfaiz #GST #SST #cukai ♬ original sound – Financial Faiz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI