PETALING JAYA – Momen perpisahan seorang guru selepas 15 tahun berkhidmat di Pekan Lawas, Sarawak mengundang sebak ramai apabila rakan-rakan sekerjanya turut menghantar beliau pulang ke lapangan terbang.
Menerusi satu klip video yang dikongsikan di TikTok milik @4r1ff_kece2, guru dikenali sebagai Cikgu Manan itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebelum berlepas meninggalkan bumi Lawas.
Rakan-rakan sekerja turut kelihatan mengiringi beliau hingga ke lapangan terbang yang jelas terkesan dengan perpisahan penuh emosi itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut tersentuh hati melihat situasi tersebut dan memuji hubungan erat yang terjalin antara guru berkenaan dengan warga sekolah.
“Patutlah Cikgu Manan bersedih… 15 tahun berkhidmat dan hidup di Lawas dah jadi separuh perjalanan kehidupan dan kerjayanya di situ,” komen Lissamay.
“Aku tak kenal Cikgu Manan, tetapi aku percaya, kalau semua rakan-rakan sanggup hantar ke lapangan terbang, dia bukan calang-calang orang. Pasti banyak jasanya,” kata Hisham.
“Ada orang tak suka kena tukar mengajar di kawasan pedalaman. Tetapi kalau dah pergi, macam inilah jadinya… pasti jatuh cinta dengan aura pedalaman. Air mata Cikgu Manan jadi saksi,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@4r1ff_kece2♬ Seribu Kemanisan – Bulan & Angkasawan