fbpx

Makin tua makin kacak, Zach X-Factor persis Johnny Depp!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Zach dalam drama Anak-Anak Mafia membuatkan peminatnya teruja sehingga ada yang menyamakan lakonannya seperti aktor Hollywood.

 

PETALING JAYA – Jarang muncul di televisyen, nama pelakon Zach X-Factor menjadi bualan netizen selepas lakonannya menerusi drama Anak-Anak Mafia tular dalam media sosial.

Zach atau nama penuhnya Zachery Francis membuatkan ramai terpegun dengan gaya lakonannya sehingga ada yang menyamakan imejnya persis aktor ternama Hollywood, Johnny Depp.

Bukan sahaja disamakan, kemunculannya juga mengubat rindu peminat yang rata-ratanya mula mengimbau drama dan filem lakonannya sebelum ini.

“Dulu minat betul dia berlakon drama Si Capik dan filem Diari Romeo. Lagi tua lagi kacak.

“Dah tua-tua ni sudah macam Kim Ji-hoon pula!

“Macam Johnny Depp, Jack Sparrow!” usik netizen.

Dalam video tersebut, Zach melakonkan watak sebagai Qabil iaitu ketua gengster yang juga suami kepada Azura lakonan Abby Abadi.

Selain Zach dan Abby, Anak-Anak Mafia yang disiarkan menerusi platform TonTon turut dibintangi Mierul Aiman, Scha Elinnea dan Fitri Farok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI