fbpx

Lelaki asing pecah kepala, patah rusuk dipukul di parkir HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN seorang lelaki warga asing yang cedera di kepala serta patah tulang rusuk dipercayai dipukul di parkir bertingkat Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing cedera di bahagian kepala serta patah tulang rusuk dipercayai dipukul ketika berada di parkir bertingkat Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penolong pegawai perubatan HKL, pada pukul 8.56 malam.

Katanya, mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital berkenaan pada pukul 5.20 petang oleh sebuah ambulans milik Klang Valley Ambulance Service (KVAS) dari lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati lelaki itu mengalami luka di bahagian kepala dan patah tulang rusuk kanan.

“Bagaimanapun, tiada keretakan pada tempurung kepala, mangsa kini berada dalam keadaan stabil serta masih menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sulizmie, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” ujarnya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau identiti mangsa diminta menghubungi Inspektor Pang Wei Keong di talian 013-2082391 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Rosdi M. Husin di talian 013-3920694.

Terdahulu, satu video memaparkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah di ahahian kepala di kawasan parkir bertingkat HKL tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI