fbpx

[VIDEO] ‘Pikap’ buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kenderaan pacuan empat roda merempuh penunggang motosikal.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal terjatuh dan terseret selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian berhampiran Plaza Angsana, Johor Bahru.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook, kelihatan kenderaan berwarna hitam itu secara tiba-tiba menukar lorong dan merempuh penunggang motosikal berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh dan terseret ke bahu jalan.

“Sebuah motosikal dilihat dalam pelanggaran dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda warna gelap,” katanya dalam hantaran itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu yang dianggap tidak bertanggungjawab.

“Kurang ajar betul ‘driver’ (pemandu) kereta itu, mohon pihak berkuasa tangkap sahaja, bawa kereta macam jalan dia sorang,” komen Samsol.

“Kesiannya yang bawa motosikal itu, kurang ajar kereta itu sudah melanggar orang boleh buat bodoh sahaja, dia ingat langgar burung tepi jalan ke,” kata Ana Arifin.

Sementara itu, ada juga yang menyalahkan penunggang motosikal kerana berada di lorong yang salah dengan kelajuannya.

“Motosikal pun alahai.. Macamlah lorong kiri itu tidak boleh dipakai, nak juga duduk di lorong kanan. Kalau laju berdesup macam motosikal besar okaylah, ini terkemut-kemut,” ujar Tn Jep.

“Dua-dua pun salah sebenarnya. Penunggang motosikal bawa perlahan tapi duduk di lorong kanan dia tak tahu ke orang kejar masa ke apa. Kereta itu pun satu hal bawa kereta macam emosi semacam sampai buat orang cedera,” luah Nik Humaira. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI